fbpx

Anggota polis cedera ketika tahan penagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penagih dadah yang ditahan di ladang kelapa sawit Sungai Division, Bedong di Sungai Petani semasa Ops Tapis Khas Se-Malaysia, kelmarin.

SUNGAI PETANI – Seorang anggota polis cedera ringan pada lutut setelah bergelut dengan seorang lelaki disyaki penagih dadah yang cuba melarikan diri dengan motosikal dalam Ops Tapis Khas Se-Malaysia di ladang kelapa sawit Sungai Division, Bedong di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, anggota polis berpangkat konstabel berusia lingkungan 20-an yang bertugas di Balai Polis Bedong itu dikatakan cuba menghalang suspek daripada melarikan diri dengan memegang bajunya.

Lelaki terbabit kemudian memecut motosikal menyebabkan anggota polis terbabit terheret sebelum terjatuh.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan anggota polis sejurus selepas itu kerana memiliki dadah jenis heroin, selain didapati positif dadah jenis sama selepas melakukan ujian urin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman @Abdul Rahim berkata, dalam operasi yang diadakan pada Isnin lalu hingga semalam itu, seramai 109 individu diperiksa dalam serbuan di tujuh lokasi di sekitar daerah Kuala Muda.

“Antara lokasi serbuan adalah ladang kelapa sawit Sungai Divison, Pasar Bisik Kota Kuala Muda, Taman Ria Jaya, Kampung Raja, Kampung Benggali, Taman Sri Wang dan Bandar Baru, Sungai Lalang Bedong.

“Semua sarang dadah itu pernah diserbu sebelum ini, namun tetap menjadi tumpuan penagih untuk melepaskan gian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 73 ditahan kerana disyaki penagih termasuk dua wanita dan kesemua mereka berusia antara 19 hingga 66 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI