fbpx

10 rumah di Taiping rosak dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Taiping membuat pemantauan di kawasan rumah yang dilanda angin ribut di Taiping hari ini.

TAIPING – Sebanyak 10 buah rumah di lima kawasan di sekitar bandar ini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut pada sekitar pukul 4 petang hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Taiping berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Penghulu Mukim Matang berkenaan perkara tersebut petang tadi.

“Susulan dari itu, seramai sembilan orang anggota termasuk seorang pegawai telah bergegas ke lima lokasi iaitu Kampung Setia Simpang, Klinik Kesihatan Kuala Sepetang, Kampung Menteri, Kampung Matang Road dan Kampung Dew.

“Anggota APM Taiping telah melakukan kerja-kerja pemotongan pokok yang tumbang akibat angin ribut serta membuat pemantauan dilokasi dan setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka,” katanya di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, dua buah rumah kuarters Klinik Kesihatan Kuala Sepetang mengalami kerosakan.

“Lima buah rumah turut mengalami kerosakan di Kampung Menteri dan tiga buah rumah di Kampung Setia Simpang.

“Anggota APM Taiping juga turut membuat pemantauan di kampung-kampung yang berdekatan dan keadaan cuaca pada ketika ini masih lagi hujan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI