fbpx

RM245 juta kerugian angkara penipuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 71,631 panggilan diterima oleh Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) merangkumi laporan kes penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM245 juta bagi tempoh 12 Oktober 2022 sehingga 31 Januari lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, daripada jumlah aduan tersebut, sebanyak 8,754 kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan kesalahan penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, selain itu sebanyak 64 kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) telah dibuka dan sebanyak RM69 juta dibekukan bagi tujuan siasatan kesalahan pengubahan wang haram.

“Penipuan pelaburan, skim ponzi dan dalam talian adalah dipantau oleh pelbagai agensi bergantung kepada elemen kesalahan tersebut di bawah bidang kuasa
masing-masing.

“Di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, terdapat pelbagai langkah penguatkuasaan yang diambil oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) berkaitan penipuan pelaburan, skim ponzi dan dalam talian selain tindakan kepada syarikat yang berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI