fbpx

Pekerja premis sewa e-skuter lari nampak penguat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa MBPP merampas kenderaan e-skuter di premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di George Town, semalam.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 44 buah e-skuter dalam operasi khas yang dijalankan di kawasan pusat bandar ini, semalam.

Menurut MBPP, dalam operasi khas itu, dua buah premis telah diserbu secara serentak kira-kira pukul 6 petang dan sebanyak 32 buah e-skuter telah dirampas di premis pertama.

“Seorang pekerja di premis ini yang dipercayai warga asing telah melarikan diri sejurus melihat ketibaan pasukan operasi khas. 12 buah lagi e-skuter telah dirampas di premis kedua yang berhampiran premis pertama,” katanya di sini, hari ini.

MBPP berkata, kedua-dua premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah dari MBPP dan kesemua kenderaan mikromobiliti tersebut serta dokumen pembuktian telah dirampas oleh Jabatan Pelesenan bagi tindakan lanjutnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI