fbpx

DUN Selangor: Hot spot banjir meningkat 72 lokasi tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Selangor mencatatkan peningkatan hot spot banjir kepada 72 lokasi pada tahun ini berbanding 52 sebelum ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, pengelasan sesuatu hotspot itu adalah berdasarkan kekerapan banjir sebanyak tiga kali atau lebih bagi tempoh tiga tahun sebelumnya.

Katanya, kriteria kategori tersebut hanya digunapakai di Selangor sahaja.

“Bagi tahun 2024, penentuan kawasan hot spot bagi rekod 2021 sehingga 2023 untuk kawasan yang mengalami kekerapan banjir sebanyak tiga atau lebih.

“Kalau kurang tiga kali bagi tiga tahun sebelum ini, kita anggap kawasan berisiko banjir,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Terdahulu, Rosnizan Ahmad (PN – Morib) menanyakan kriteria untuk dikategorikan sebagai kawasan hotspot banjir di setiap kawasan DUN di Selangor.

Izham yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah turut menjelaskan pihaknya sentiasa melibat urus semua ADUN terutama di kawasan hot spot dalam menangani permasalahan banjir.

Tegas beliau, kerajaan negeri tidak pilih bulu dalam penyelesaian banjir kerana ia bukan melibatkan kerosakan harta benda rakyat tetapi penting bagi pengurusan dalam minimumkan trauma mangsa.

“Kadang-kadang apa yang berlaku sebelum ini adalah kebanyakan pelaporan dibawah pasukan khas banjir dipengerusikan saya adalah dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Apa yang berlaku adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak maklumkan laporan banjir. Kita telah membetulkan, memperkemas dan akan memantau termasuk juga pejabat daerah bagi melihat (keseluruhan) isu banjir ini di kawasan yang tidak disenaraikan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI