fbpx

Cuaca panas lebih 35 darjah Celsius di Kota Setar, Padang Terap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca kering dan panas di Kota Setar serta enam kawasan lain di semenanjung Malaysia, minggu ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, suhu maksimum di kawasan tersebut boleh mencecah lebih 35 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Antara kawasan yang berada pada tahap 1 (berjaga-jaga) ialah Kota Setar, Padang Terap, Sik dan Baling, Kedah.

“Selain itu, cuaca panas juga diramal di Perak terutamanya di kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar serta di Raub, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang ingin merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian boleh melakukan sedemikian di pautan https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI