fbpx

Buntu gaji RM1,000 nak tampung sekolah tiga anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang bapa buntu apabila mengenangkan lebih separuh daripada gajinya yang berjumlah RM1,000 pada bulan ini digunakan untuk membayar yuran persekolahan tiga anak.

Menerusi luahan Norsyahnizam Samad di Facebook baru-baru ini, dia pernah meminta bantuan daripada beberapa pihak, namun setakat ini masih belum dibantu.

“Saya kerja estet (pekerja ladang) dengan gaji RM1,000 sahaja bulan ini, yuran sekolah anak tiga sudah RM870 termasuk sorang yang baru nak masuk darjah satu.

“Saya sudah jumpa pihak masjid, jawatankuasa kampung, pihak yang berkenaan tetapi tak ada yang boleh bantu,” katanya.

Menurut Norsyahnizam, segala barangan keperluan sekolah anak-anaknya juga belum dibeli disebabkan masalah kewangan meskipun sesi persekolahan baharu akan bermula tidak lama lagi.

Katanya, dia takut untuk meminjam wang daripada kenalan atau saudara-mara kerana bimbang jika tidak mampu membayar semula.

“Barang sekolah belum beli, nak pinjam takut tak mampu bayar, kalau ada idea atau cara penyelesaian, saya alu-alukan. Terima kasih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI