fbpx

Suami ‘kebulur’ harta isteri, siap minta tukar nama rumah, kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang suami didakwa merajuk dengan isterinya gara-gara wanita itu enggan menyerahkan harta ke atas nama lelaki tersebut.

Menerusi luahan wanita itu di Facebook, suaminya kini tinggal berasingan dengannya setelah berlaku perselisiham faham antara mereka selepas permintaan lelaki tersebut yang mahu namanya diletakkan sebagai pemilik rumah tidak disetujui oleh si isteri.

“Saya anak yatim piatu, anak tunggal. Arwah mak meninggal waktu saya Tingkatan 2, manakala ayah meninggal dunia Disember lalu.

“Arwah ibu bapa saya ada tinggalkan saya harta sebuah rumah dan kereta untuk kemudahan. Tetapi, keluarga mentua dan suami minta saya pindahkan hak milik rumah dan kereta ke nama suami atas sebab suami ketua keluarga, orang yang bersusah payah cari nafkah.

“Saya juga berkerja dan ada pendapatan sendiri, jadi saya tak rasa akan beban kepada kewangan suami. Saya tak setuju dengan permintaan mentua dan suami, dan sekarang dia pindah keluar duduk rumah keluarganya,” luahnya.

Sehubungan daripada perkongsian wanita tersebut, perunding hartanah dan harta pusaka, Zulkhairi Abu Bakar menjelaskan sekiranya si isteri bersetuju untuk memindahkan hartanya kepada suami akan timbul pelbagai masalah di kemudian hari terutama dalam urusan pembahagian harta.

“Harta itu bukan milik awak (suami), kenapa nak minta tukar ke nama awak? Apa tak guna sangat ke awak sampai kebulur sangat harta orang, tak boleh cari harta sendiri sampai nak rampas harta orang?

“Apa kesannya bila tukar kepada nama suami? Ia akan beri kesan besar kepada proses faraid sekiranya suami meninggal dunia. Bahkan sekiranya bercerai pun akan beri impak yang besar sebab nama dah ditukar.

“Bayangkan, harta yang sepenuhnya milik si isteri, kemudian terpaksa dibahagikan kepada mentuanya dan si isteri hanya layak untuk dapat 1/8 sahaja daripada harta tersebut. Sedangkan itu adalah hak miliknya,” jelasnya.

Tegas Zulkhairi, sekiranya si suami mengaku sebagai ketua keluarga, menjadi tanggungjawab untuk dia berkerja keras mencari harta untuk menyenangkan isteri.

“Kalau awak ketua keluarga, work hard la (kerja keras). Cari harta untuk isteri bukan rampas hak isteri.

“Proses hibah harta pun kita tak terus tukar nama sebab ia masih ada ruang boleh ditarik kembali. Ini minta terus tukar nama, lepas itu isteri tak nak, abaikan nafkah kepada isteri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI