Skip to content
kosmo logo 2025
Facebook Twitter Tiktok Instagram Youtube
  • Log Masuk
  • Langgan
Menu
  • Log Masuk
  • Langgan
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • LOG MASUK
  • LANGGAN
Gambar hiasan.

Terkini

Salted egg salmon skin guna logo halal tidak sah disita

  • Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
  • 5 Mac 2024, 12:50 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sebuah premis yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah bagi produk makanan ringan di Kawasan Perindustrian Jelapang di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semalam dengan nilai sitaan diperoleh ketika operasi itu mencecah RM88,582.50.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak bermula pukul 11 pagi itu merupakan hasil maklumat awam dan risikan oleh pihaknya berhubung aktiviti memproses makanan di kawasan tersebut yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, premis ini sedang beroperasi dengan memproses makanan produk ‘Salted Egg Salmon Skin’. Seorang wanita tempatan yang disyaki pengurus premis hadir dan membantu pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai sejumlah produk makanan ringan yang telah ditandakan dengan logo halal. Semakan awal mendapati logo halal ini digunakan untuk tujuan perdagangan secara tidak sah,” katanya di sini hari ini.

Biau berkata, pengurus premis terbabit turut gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakuan oleh pihak berkuasa apabila diminta oleh pihak KPDN.

Sehubungan itu, Kamalludin berkata, satu tindakan kes telah diambil dengan tindakan menyita kesemua produk yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah, balang plastik yang tertera logo halal dan dokumen perniagaan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Menurut beliau, nilai keseluruhan barang rampasan adalah dianggarkan berjumlah RM88,582.50.

Pegawai KPDN Perak memeriksa produk makanan ringan yang disita di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Jelapang, Ipoh semalam. – Foto IHSAN KPDN

“Kes disiasat kerana melanggar Subperenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi kesalahan di bawah Subperenggan 8 (a) perintah yang sama.

“Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan,” katanya.

Tambah beliau, produk makanan ringan itu dijual secara dalam talian dan mendapat sambutan oleh ramai pengguna.

“KPDN menasihati serta menyeru kepada setiap peniaga dan pengusaha supaya mematuhi perundangan yang berkuat kuasa termasuk mendapatkan perakuan halal yang sah daripada agensi kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tags: halalkpdnlogologo Halalnilai sitaanoperasipremisSalted egg salmon skinsitaan
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

Marquez julang gelaran dunia MotoGP buat kali kelapan di Portugal

22 November 2026, 10:53 pm

[VIDEO] Saya Cina, saya pun jijik tengok

22 November 2026, 10:05 pm

Bayi lelaki 20 bulan hilang dari rumah di Kuala Krai

22 November 2026, 9:58 pm

[VIDEO] 16 hari ‘berendam’ dalam banjir, nak pergi kerja pun susah

22 November 2026, 9:28 pm

137 baung ‘alien’ berjaya dikeluarkan dari Sungai Pahang

22 November 2026, 8:20 pm

Satomi Watanabe tarik diri, Sivasangari julang Terbuka China

22 November 2026, 8:16 pm

Gol sendiri tambah derita KL City

22 November 2026, 8:15 pm

Bendera merah ‘dinaikkan’ di 4 pantai popular di Kelantan

22 November 2026, 8:09 pm

BERITA BERKAITAN

Pelacur warga Afrika tak serik, kembali ‘beraksi’ di Bukit Bintang

22 November 2026, 4:37 pm

Jangan gugat keharmonian rakyat Terengganu – Chee How

20 November 2026, 10:06 pm

27 PATI gagal menyusup ke Malaysia

20 November 2026, 11:59 am

Beli RM2.50, jual semula RM4

18 November 2026, 4:17 pm

85 lokaliti terjejas ekoran penangguhan PDU

17 November 2026, 12:02 pm

[VIDEO] Rajin cari kerja, 4 pagi dah bangun ‘rembat’ kabel

17 November 2026, 9:10 am

[VIDEO] Sembelih ayam tidak ikut syarak, premis di Jalan Tun Razak diserbu

16 November 2026, 9:14 pm

600,000 botol pewarna rambut guna logo halal palsu terjual

16 November 2026, 8:06 pm
  • Terma dan Syarat
  • Polisi Editor
  • Senarai Kedai Akhbar
  • Hubungi Kami

Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)

×