fbpx

Pemilik kedai terkejut jumpa bayi depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi yang ditemui di hadapan rumah kedai Court 4, USJ, Subang Jaya, pagi tadi.

SUBANG JAYA – Seorang pemilik kedai terkejut apabila menemui seorang bayi yang cukup sifat ditinggalkan di hadapan rumah kedai Court 4, USJ, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada pukul 8.13 pagi tadi.

Katanya, bayi lelaki tersebut ditemui dalam keadaan masih hidup, tiada tali pusat dan sihat.

“Bayi itu telah dihantar ke Hospital Shah Alam dengan menaiki ambulan untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya segera menyalurkan pada Sarjan Sharifah Fatimah Mardhiyani di talian 017-9149376.

“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI