fbpx

DBKL roboh jeriji besi halang laluan di kaki lima flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas DBKL menanggalkan jeriji besi yang menghalang laluan awam di sebuah Flat di Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memotong dan merobohkan struktur besi yang menghalang laluan di sebuah flat di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini, semalam.

Ia susulan pemilik kediaman yang sudah diberi amaran dan diminta membuka sendiri struktur binaan besi yang dibuat tanpa kelulusan, namun tetap berdegil sehingga menyusahkan penduduk lain.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menjalankan Operasi Bersepadu Memotong dan Merobohkan Struktur Besi di lokasi berkenaan menerusi Jabatan Penguatkuasaan.

“Ia dilakukan dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal (JKME), Jabatan Kawalan Bangunan dan Pejabat Cawangan Wangsa Maju serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Operasi khas itu dijalankan selepas pemilik kediaman gagal mematuhi notis penguatkuasaan dikeluarkan pada 10 Januari lalu untuk membuka sendiri struktur besi yang dibina,” katanya.

DBKL berkata, pihaknya sudah merobohkan struktur besi yang dipasang tanpa kelulusan dan membuat halangan laluan koridor awam di kediaman itu.

“Ia adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Sisa struktur besi pula dipindahkan ke Stor JKME, Jalan Cheras, di sini, untuk tindakan lanjut dan dokumentasi proses pelupusan,” katanya.

Menurutnya, operasi berjalan lancar dengan kerjasama erat daripadasemua pihak yang terbabit.

“DBKL akan meneruskan tindakan sama di lokasi lain selepas ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI