fbpx

Bas ekspres boleh turunkan pelajar dalam kampus – Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengendali bas ekspres boleh mengemukakan permohonan kelulusan khas bertempoh kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi menurunkan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) dalam kampus.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kemudahan itu namun dibenarkan dalam situasi tertentu seperti pada lewat malam atau perkhidmatan bas berhenti-henti, teksi dan e-hailing sukar diperoleh.

“Pengendali bas ekspres perlu membuat permohonan kepada APAD bagi mendapatkan surat kelulusan terbabit,” katanya melalui jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) sebelum ini sama ada bas ekspres dibenarkan menurunkan pelajar berdekatan dengan IPT mereka atas faktor keselamatan dan penjimatan kos.

Anthony Loke seterusnya berkata, Kementerian Pengangkutan tidak bertindak sendirian dalam soal keselamatan pelajar sebalik mengadakan kerjasama rentas kementerian.

Menurut beliau, Kementerian Pengangkutan antaranya bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi memastikan bas dapat masuk dan menurunkan penumpang di lokasi yang selamat.

Selain itu, katanya. Kementerian Pengangkutan sentiasa memastikan kesinambungan perkhidmatan bas ekspres dan perkhidmatan ‘last mile’ (batuan akhir) yang diyakini dan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI