fbpx

Selangor FC bangga pemain muda ‘kutip’ pengalaman di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nooa Laine (kanan) antara pemain Selangor FC yang bersama skuad B-23 negara di Piala Asia B-23 2024 baru-baru ini. - Foto ihsan Selangor FC

KETUA jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil menggesa kritikan terhadap para pemain mudanya dihentikan sebaliknya berbangga dengan progres serta pengalaman yang diraih mereka ketika mewakili skuad bawah 23 (B-23) negara baru-baru ini.

Sebagai rekod, lapan pemain skuad Gergasi Merah telah dipilih bersama skuad B-23 kendalian Juan Torres Garrido tetapi gagal mempamerkan prestasi diharapkan apabila tersingkir seawal peringkat kumpulan Piala Asia B-23 2024.

Menurut Nidzam, apa yang berlaku di Qatar memberikan pengalaman berharga buat pemain-pemain muda untuk bertambah matang di peringkat antarabangsa.

“Mungkin kita (penyokong) menilai mereka dengan keputusan, tetapi daripada pandangan mata barisan kejurulatihan kami menilai mereka dengan progres yang telah mereka dapat sepanjang berada di Qatar.

“Saya lihat semua lapan pemain kami memberikan respons yang bagus mengenai pengalaman mereka dan bukan mudah untuk beraksi di pentas Asia pada usia muda,” katanya.

Nidzam ditemui ketika membantu pasukan melakar kemenangan bergaya 4-0 ke atas kelab Brunei, DPMM FC pada aksi pertama kejohanan pramusim, Piala Cabaran Asia di Stadium MB Petaling Jaya kelmarin.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Nidzam bangga dengan prestasi pasukan selain menganggap aksi tanpa bolos cukup penting untuk menaikkan motivasi sebelum mengharungi Liga Super nanti.

“Meskipun ini adalah aksi persahabatan, saya gembira kita tidak dibolosi kerana ia boleh memberi semangat tambahan buat pemain khususnya di posisi benteng dan pertahanan kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI