fbpx

Tiada aduan kenaikan harga barang sebab SST naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jegan ketika Majlis Pelancaran Program Jualan Ihsan Rahmah "Kembali Ke Sekolah" Peringkat Pulau Pinang Tahun 2024 di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini. Foto oleh IQBLA HAMDAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang tidak menerima sebarang rungutan atau aduan berhubung isu kenaikan harga sejak cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan bermula 1 Mac lalu.

Pengarahnya, S. Jegan walau bagaimanapun berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan menerusi Ops Kesan bagi memastikan peniaga yang terkecuali tidak membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pencatutan.

“Pengguna juga perlu tahu sektor apa yang dikenakan SST atau sebaliknya, sebagai contoh, perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) tidak dikenakan SST.

“Justeru, laporkan kepada kami sekiranya terdapat unsur catut di mana peniaga menaikkan harga barangan dalam sektor tidak berkaitan supaya kita dapat jalankan siasatan seterusnya ambil tindakan terhadap peniaga yang ingkar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jualan Ihsan Rahmah Madani di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya untuk mengaut keuntungan.

Terdahulu, media melaporkan SST naik kepada 8 peratus berbanding 6 peratus sebelum ini, berkuatkuasa 1 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI