fbpx

Malaysia kaji ubat antiviral Nelfinavir rawat denggi – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly merasmikan Hari Keterlihatan Penyelidikan Denggi 2024 di Institut Kesihatan Kebangsaan, Setia Alam. Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Malaysia sedang menjalankan penyelidikan dan ujian klinikal mengenai penggunaan ubat antiviral Nelfinavir bagi merawat pesakit demam denggi di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kajian terperinci itu dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Malaysia dengan kerjasama Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi).

Menurut beliau, proses penyelidikan yang turut disertai negara Pakatan Denggi iaitu India, Brazil dan Thailand itu, kini sudah memasuki peringkat ketiga.

“Ubat antiviral (Nelfinavir) itu secara umumnya sudah lama digunakan dan disahkan selamat bagi rawatan pelbagai penyakit termasuk Hepatitis C.

“Namun, kita mahu ubatan itu digunakan semula namun bagi memerangi wabak denggi yang menular bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Keterlihatan Penyelidikan Denggi 2024 di Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI