fbpx

Jongkong emas RM3.5 juta milik usahawan terkenal kena rompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang usahawan wanita kontroversi mengalami kerugian sekitar RM3.5 juta selepas peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dicuri di kediamannya, di Padang Balang, Sentul, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju menerima laporan polis dibuat mangsa yang berusia 46 tahun, awal pagi tadi.

“Ketika kejadian, rumah mangsa tidak berpenghuni dan televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa dirosakkan penjenayah.

“Pasukan forensik turut dipanggil ke lokasi untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, jumlah anggaran kerugian adalah lebih kurang RM3.5 juta juga membabitkan jongkong emas beberapa buah beg tangan pelbagai jenama, barangan kemas milik ahli keluarga dan wang tunai.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Kes masih di dalam siasatan pihak polis. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumatberkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya pada IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI