fbpx

Ibu tiri hubungi pusat tahfiz, janji datang melawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Al Uzma yang tular menanti kehadiran bapanya. (GAMBAR KECIL) Mohd. Romuza.

PETALING JAYA – Ibu tiri pelajar lelaki Maahad Tahfiz Al Quran Al Uzma, Kota Bharu, Kelantan yang tular menanti kehadiran ibu bapa kandungnya, telah menghubungi pusat tahfiz tersebut bertanya keadaan remaja itu.

Pengasas maahad tersebut, Mohd. Romuza Abd. Ghani berkata, wanita itu yang sudah berpisah dengan bapa kandung pelajar tersebut masih berada di Sarawak bagi urusan kerja.

“Dia menghubungi kami pada petang Sabtu lalu. Mengikut apa yang dimaklumkan, ibu tirinya bekerja di Kuala Lumpur dan ke Sarawak pada masa ini dihantar oleh pihak syarikat.

“Ibu tirinya dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam dua tiga hari nanti. Berkemungkinan dia juga akan ke Kelantan melawatnya, malah ibu tirinya turut memasukkan ke bank wang poket RM50 untuk pelajar tersebut,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, selepas berpisah dengan bapa kandung pelajar tersebut, wanita itu terputus hubungan dengan lelaki itu sekali gus tidak mempunyai nombor terbaharunya.

“Cuma dimaklumkan akan berhubung semula dengan kami. Sehingga hari ini, pelajar itu masih tinggal di maahad ini,” katanya.

Jumaat lalu Kosmo! melaporkan, seorang remaja lelaki iaitu pelajar pusat tahfiz tersebut masih menunggu ibu bapa datang menjemputnya untuk pulang bercuti.

Pelbagai cara dilakukan pihak Maahad Tahfiz Al Quran Al Uzma untuk menghubungi ibu bapa pelajar terbabit, namun gagal.

Kemudian pada Sabtu lalu, Mohd. Romuza memaklumkan kepada Kosmo! bahawa, pihaknya mendapat maklumat bapa remaja tersebut masih di Kelantan dan ibunya pula di Kuala Lumpur, namun tidak diketahui keberadaan mereka.

Selepas tular kisah remaja tersebut selain dilaporkan oleh Kosmo!, pelbagai pihak termasuk wakil kerajaan negeri menziarahi remaja tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI