fbpx

37,008 unit Rumah Selangor siap setakat Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN - Laman web Rumah Selangorku

SHAH ALAM – Sejumlah 37,008 unit rumah dibawah program Rumah Selangorku telah siap sehingga 31 Januari, tahun ini.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah berkata, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada 200,000 unit rumah yang disasarkan untuk siap sehinga tahun 2029.

“Sehingga 31 Januari tahun ini, sebanyak 60,483 unit yang telah dilancarkan dengan 37,008 unit telah siap dibina dan untuk diserahkan kunci kepada para pembeli. Manakala, untuk 23,835 unit pula sedang dalam pembinaan.

“Bagi tahun ini, kerajaan negeri menyasarkan menyiapkan sebanyak 5,997 unit lagi. Jadi bagi mencapai sasaran tersebut, pembinaan kediaman komersial seperti pangsapuri mampu milik akan diambil kira,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau menjawab soalan R. Rajiv (PH-Bukit Gasing) berhubung status pembinaan 200,000 unit Rumah Selangorku yang dijanjikan didalam manifesto pilihan raya lalu

Borhan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Sepat turut menegaskan komitmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi membina 10,000 unit rumah Rumah Selangorku seperti yang dibangkitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) dalam soalan tambahan pada sidang DUN itu.

“Untuk makluman, PKNS sedang membina Rumah Selangorku di bawah projek Rumah Idaman (bagi merealisasikan sasaran 10,000 unit),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI