fbpx

Syarikat Mahadi tiada lesen buat pelaburan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami pelakon Heliza yang berada dalam senarai amaran pelaburan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan siasatan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berhubung aktiviti pelaburan tidak berlesen Syarikat AUF MBZ Consortium Plt milik usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, setakat ini tiada laporan polis diterima berkait individu dan syarikat tersebut.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, pihaknya tetap bersama SC berhubung hasil siasatan bahawa syarikat tersebut tidak berlesen untuk aktiviti pelaburan.

“Saya minta semua bakal pelabur untuk tahu implikasi melabur dalam syarikat tidak berlesan untuk tujuan itu.

“Bukan hanya syarikat itu sahaja, tetapi syarikat lain juga. Ada syarikat yang ditubuhkan untuk terima pelaburan kemudian berhenti separuh jalan dengan alasan disiasat PDRM, disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) atau berhadapan tindakan bangkrap. Pelabur habis puluhan dan ratusan ribu ringgit.

“Sebab itu itu kita kena ada jaminan, pengetahuan (dalam pelaburan) dahulu, jangan membuta tuli dan tahu apa asas perniagaan dan bukan hanya melabur mengharapkan untung,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Semakmule 2.0 di Mid Valley, di sini, hari ini.

Sebelum ini, SC menerusi laman rasmi mengeluarkan kemas kini terbaharu Senarai Peringatan Pelabur yang dikaitkan dengan aktiviti pelaburan secara tidak sah sama ada melalui entiti mahupun individu.

Semakan mendapati, Syarikat AUF MBZ Consortium Plt milik usahawan, Mahadi Badrul Zaman disenaraikan menjalankan aktiviti pasaran modal tidak berlesen berhubung pemasaran saham Syarikat Awam Tidak Tersenarai.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI