fbpx

SST lapan peratus tidak jejaskan M40 dan B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah (kiri) semasa mengadakan lawatan di Bank Bergerak BSN di Dewan Jelutong Hutan Lipur, Kuala Woh, Tapah hari ini.

TAPAH – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada awal bulan ini daripada enam peratus kepada lapan peratus tidak begitu menjejaskan golongan M40 dan B40.

Beliau berkata, kenaikan cukai itu terkecuali kepada perkara kritikal yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti makanan, minuman, parkir dan telekomunikasi.

“Perkhidmatan air dikecualikan SST sejak dahulu lagi, sementara pengguna elektrik pula bawah 600 kilowatt-jam (kWj) tidak dikenakan cukai ini.

“Pengguna tenaga elektrik yang dikenakan SST hanya 15 peratus daripada pengguna domestik. Golongan M40 dan B40 tidak terkesan,” katanya  pada Program Rintis Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Bagi Masyarakat Orang Asli Di Daerah Batang Padang, Tapah, Perak di Dewan Jelutong Hutan Lipur, Kuala Woh.

Dalam perkembangan berkaitan, Amir Hamzah memaklumkan pihak kerajaan perlu meningkatkan hasil kewangan negara kerana kekangan tertentu.

“Namun apa-apa perubahan kita (kerajaan) jaga mereka yang terkesan supaya tidak dikenakan tekanan yang lebih berdasarkan konsep Malaysia Madani.

“Lebih penting kenaikan SST kita pulangkan kepada mereka yang memerlukan seperti penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI