fbpx

Raja Norway jalani prosedur pasang perentak jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Harald V – AFP

OSLO – Pemerintah Norway, Raja Harald V selamat menjalani prosedur pemasangan perentak jantung di Hospital Sultanah Maliha, Pulau Langkawi, Kedah, selepas mengalami jangkitan ketika bercuti di Malaysia, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Menurut Dewan Diraja Norway, prosedur tersebut dijalankan kerana kadar denyutan jantung raja berusia 87 tahun itu rendah.

“Baginda berada dalam keadaan baik selepas prosedur tersebut, namun memerlukan rehat yang mencukupi,” kata istana dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan sama, doktor peribadi Raja Harald menasihatkan agar prosedur itu dijalankan bagi memastikan kepulangan baginda ke Norway, yang mungkin berlaku dalam beberapa hari akan datang, lebih selamat.

Kepulangan Raja Harald akan diselia oleh kerajaan Norway, manakala Angkatan Bersenjata Norway bertanggungjawab bagi mengatur keberangkatan tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI