fbpx

Peluang pemain muda pikat Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain B-23 yang dipanggil menjalani latihan bersama Harimau Malaya perlu berusaha menimba sebanyak mungkin ilmu yang diperturunkan oleh Pan-gon. - FB FAM

PEMAIN Bawah 23 Tahun (B-23) yang dipanggil menyertai latihan skuad senior di bawah kendalian Kim Pan-gon kini berdepan dua tugas utama untuk dilunaskan sepanjang latihan pusat bermula Jumaat ini.

Selain cuba menarik perhatian Pan-gon untuk mengisi pasukan pada masa akan datang, pemain B-23 juga perlu mengambil kesempatan ‘mencuri’ gaya bola sepak Taeguk Warriors yang dimiliki jurulatih dari Korea Selatan itu.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar, berkata peluang ini wajar dimanfaatkan kerana skuad B-23 akan menghadapi tugas penting di Piala Asia B-23 di Qatar, bulan depan dan kesempatan ini harus digunakan untuk mematangkan diri.

“Ibarat pelajar yang baik kita gabungkan dengan pelajar yang bagus, maka dia akan jadi pelajar cemerlang. Jadi, pemain muda apabila kita gandingkan dengan senior, mereka akan jadi cemerlang dan memberi saingan sihat kepada pemain senior.

“Sudah tentu persediaan mereka bersama skuad senior kebangsaan akan membuatkan mereka lebih bagus dan bersedia untuk Piala Asia B-23. Apabila kembali ke pasukan B-23, pemain lain pula akan berusaha bersaing dengan mereka dan ia satu benda yang bagus.

“Jurulatih B-23 selepas ini akan dapat pemain yang sudah bersedia untuk ‘berperang’. Ini kerana apabila dapat berlatih bersama skuad senior, mereka akan berada pada tahap lebih bersedia untuk dipersiapkan bagi menghadapi perlawanan,” katanya.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelmarin, 11 pemain B-23 dipanggil untuk menyertai latihan pusat Harimau Malaya di mana ada beberapa daripada mereka sudah biasa dengan skuad senior.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI