fbpx

Menantu, bapa mertua maut Myvi terjunam dalam laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki ditemui lemas selepas kereta Perodua Myvi dinaiki terjunam ke dalam laut di Jalan Batu 7, Kampung Payang, Lahad Datu malam tadi. -Foto Ihsan Bomba

LAHAD DATU – Dua lelaki ditemui lemas selepas kereta Perodua Myvi dinaiki terjunam ke dalam laut di Jalan Batu 7, Kampung Payang, Lahad Datu malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 10 malam itu, mangsa maut dikenali sebagai Edwin, 25, dan bapa mentuanya Chan Wai Hou, 66.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 10.50 malam.

“Menurut pemanggil kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam laut. Pemanggil memaklumkan terdapat dua mangsa di dalam kenderaan dan belum ditemui.

“Pasukan bomba menjalankan operasi penyelamatan dengan bantuan bot dan penyelam Syarikat Synergy Multi Resources Sdn Bhd. Selaman pertama berjaya menarik seorang mangsa keluar dari kereta dan dibawa naik pada pukul 12.06 tengah malam.

“Pasukan bertugas kemudiannya mengikat tali pada kereta Myvi terbabit untuk ditarik keluar menggunakan sistem takal bagi mencari mangsa kedua. Mangsa kedua berjaya ditemui pada pukul 1.31 pagi selepas selaman kedua dilakukan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Riki memaklumkan semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI