fbpx

Kilang sarung tangan cemar air didenda RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Padang Meha di Padang Serai, Kulim didenda atas kesalahan berkaitan pencemaran air, tahun lalu.

KULIM – Sebuah syarikat pengeluar produk sarung tangan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan pencemaran air, tahun lalu.

Hakim Mirza Mohamad menjatuhkan hukuman itu selepas pengurus syarikat yang mewakili syarikat selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, syarikat didapati melepaskan efluen perindustrian ke dalam longkang awam dengan kandungan Keperluan Oksigen Kimia (COD) mempunyai kepekatan 1,280 miligram per liter (mg/l) melebihi had 80 mg/l.

Katanya, kejadian berlaku di premis syarikat terletak di Kawasan Perindustrian Padang Meha, Padang Serai, di sini antara pukul 9 pagi hingga 10.25 pagi, 23 Mei 2023.

“Bagi kesalahan itu, syarikat didakwa mengikut Peraturan 12(a) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 32 peraturan sama,” ujarnya.

Menurutnya, pengurus syarikat memohon diringankan hukuman dengan alasan pihaknya sedang dalam proses menaik taraf keupayaan Sistem Pengolahan Perindustrian Efluen (SPEP) supaya kejadian sama tidak berulang pada masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI