fbpx

Cuaca panas: Jadual waktu sekolah pada Ramadan seperti ditetapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) menyampaikan sumbangan beg sekolah pada Majlis Perasmian SJKC Poi Chee, di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Jadual waktu pengoperasian sekolah pada Ramadan ini akan berlangsung seperti ditetapkan meskipun beberapa negeri berdepan cuaca panas sehingga tahap berjaga-jaga.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, jadual operasi sekolah pada bulan puasa bagi sesi pagi adalah seperti biasa, manakala sesi petang ditamatkan lebih awal iaitu pada pukul 5.30 petang.

Katanya, sesi petang bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula ditamatkan pada pukul 5 petang.

“Perkara ini bagi memberi ruang kepada murid dan guru pulang berbuka puasa dengan selesa. Kantin tidak boleh tutup, bagi anak yang tidak berpuasa dan anak yang bukan Islam, kantin beroperasi seperti biasa.

“Jadi kita harap semangat buka sekolah ini dan sambut Ramadan, kita dapat buat persiapan sewajarnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Poi Chee, di sini hari ini.

Beliau berkata, ia bukan kali pertama kementerian berdepan dengan isu cuaca, justeru pihaknya telah bersedia untuk mengikut garis panduan yang ditetapkan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI