fbpx

Bas terlibat kemalangan, dua termasuk pemandu parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Ipoh-Lumut dekat Changkat Cermin, Manjung petang tadi.

MANJUNG – Dua individu termasuk pemandu sebuah bas ekspres parah, manakala 17 lagi mengalami kecederaan ringan setelah kenderaan dinaiki terlibat dengan kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda (4WD) di Lebuh Raya Ipoh-Lumut dekat Changkat Cermin di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan tersebut pada pukul 5.38 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar di kerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Hilux dan sebuah bas ekspres yang membawa seramai 19 orang penumpang termasuk pemandu telah terbabas ke pembahagi jalan.

“Tiada mangsa yang tersepit, bagaimanapun terdapat dua orang mangsa dari bas ekpsres tersebut mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang parah merupakan seorang wanita berbangsa India dan pemandu bas berkenaan, manakala pemandu Toyota Hilux itu hanya cedera ringan.

“Komander operasi membuat size up dan mengarahkan anggota memberi perawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan parah bersama pihak hospital yang turut berada di tempat kejadian.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Seri Manjung dan ambulans hospital manakala 17 orang mangsa yang mengalami kecederaan ringan turut dihantar ke hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Lumut ke Ipoh.

Beliau berkata, kemalangan itu berpunca daripada Toyata Hilux yang menukar lorong daripada sebelah kanan ke kiri secara tiba-tiba menyebabkan bas ekspres berkenaan tidak sempat membrek dan terbabas ke dalam parit di bahu jalan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI