fbpx

Aina Abdul jadi ‘pokok mati’, angkut hutan belantara atas pentas AJL38

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMPIL dengan konsep unik pokok, Aina Abdul kekal menyerlah atas pentas AJL38.

KUALA LUMPUR – Selepas tampil dengan konsep awan pada tahun lalu, penyanyi yang terkenal dengan fesyen pelik, Aina Abdul seperti biasa mencuri tumpuan apabila ‘menjelma’ sebagai pokok reput yang telah kering dan mati.

Lengkap dengan dedaunan berguguran, Aina yang tampil mendendangkan lagu Jangan Mati Rasa Itu, hasil ciptaan sepenuhnya oleh diri sendir, turut membawa bersama atas pentas ‘hutan belantara’ sehingga membuatkan ruang persembahan penuh dengan dekorasi yang cukup memberi 1,001 makna.

Pada persembahan kali ini, Aina kelihatan tenang apabila sesekali dilihat tersenyum dan menghayati persembahannya sepenuh jiwa.

Pada penghujung persembahan, penyanyi dengan nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani itu memukau mata penonton apabila tergantung di udara, sekali gus membuatkan penonton yang berada di Axiata Arena, Bukit Jalil bersorak dan bangkit berdiri sebagai tanda mengagumi persembahannya.

Hos AJL38, Sherry Alhadad dan Alif Satar turut teruja apabila menjerit saat penyanyi itu selesai membuat persembahan.

Edisi AJL37 tahun lalu, Aina memang besar apabila membawa pulang anugerah Vokal terbaik dan juara keseluruhan AJL37 dengan mempertaruhkan lagu Terus Hidup, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM112,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI