fbpx

Sebutan semula kes babit Geng Upik pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawalan keselamatan ketat di pintu masuk utama Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bermula pukul 7 pagi susulan sebutan semula kes 'Geng Upik' pagi ini. - Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

KOTA KINABALU – Sebutan semula kes membabitkan ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ bakal dijalankan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pagi ini.

Seramai 11 individu termasuk seorang bergelar datuk pada 22 Januari lalu didakwa di bawah Seksyen 130 V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama atas kesalahan menganggotai kumpulan terbabit.

Tertuduh terbabit ialah Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45,; Mohd. Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Datuk Maslan Sani, 41; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd. Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; dan Mahathir Jibarail, 49.

Masing-masing terduduh berdasarkan pertuduhan didakwa melakukan kesalahan bermula antara tahun 2015 hingga Disember 2023.

Bagaimanapun, tiada pengakuan dirakam terhadap tertuduh pada sesi pertuduhan sebelum ini.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nazran Mohd. Sham di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd. Salim.

Sementara itu, tinjauan di sekitar perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu mendapati kawalan keselamatan ketat mula dilaksanakan pasukan polis seawal pukul 7 pagi.

Turut kelihatan orang awam dipercayai ahli keluarga tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI