fbpx

Pelajar perempuan IPTA ditahan sembunyi kelahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KEMAMAN – Hasrat seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyembunyikan kelahiran bayi luar nikahnya tidak kesampaian apabila dia mengalami pendarahan serius sehingga memerlukan rawatan di sebuah klinik kesihatan di daerah ini hari ini.

Pelajar perempuan berusia 22 tahun juga ditahan polis kerana disyaki memberi maklumat palsu berhubung kelahiran bayi lelaki yang sudah meninggal dunia terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pada mulanya pelajar sebuah IPTA di Kuala Nerus itu mendakwa telah melahirkan bayi di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 2 pagi tadi.

“Begitupun pegawai perubatan klinik kesihatan meragui keterangan tersebut apatah lagi bayi lelaki berkenaan tidak dibawa bersama sebelum memaklumkan kes itu kepada pihak polis.

“Hasil soal-siasat polis, gadis tersebut akhirnya mengaku melahirkan bayi tersebut di sebuah tandas sebuah rumah di Paka, Dungun sebelum ditemui kakaknya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, bayi dilahirkan suspek kemudiannya dibawa ke klinik kesihatan berkenaan namun disahkan sudah meninggal dunia.

Tambah beliau, sewaktu dibawa ke klinik kesihatan, bayi lelaki itu dibalut dengan kain putih yang diselaputi pasir.

“Suspek mengaku menipu lokasi kelahiran kerana malu dan takut perkara tersebut diketahui kedua ibu bapanya yang merupakan pegawai perubatan.

“Dia juga mengaku telah terlanjur dengan teman lelakinya sehingga hamil pada tahun lalu,” katanya.

Hanyan berkata, mayat bayi telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut manakala ibunya pula menerima rawatan di wad hospital sama.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI