fbpx

Dasar ‘National Load Centre’ tidak lagi terpakai – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke pada sidang akhbar di sini, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Dasar ‘National Load Centre’ yang diperkenalkan pada 1990 bagi memusatkan semua perkhidmatan kargo di Pelabuhan Klang, Selangor tidak lagi terpakai.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan untuk tidak mengunakan dasar itu telah dipersetujui pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau berkata, dasar itu tidak lagi terpakai memandangkan pelabuhan tersebut kini mengendalikan jumlah kontena tempatan untuk import dan eksport telah melebihi enam juta TEUs (unit bersamaan 20 kaki).

“Ini juga buat kali pertama Kementerian Pengangkutan buat pengumuman ini kerana selama ini memang ada pelbagai persepsi yang tidak tepat khususnya di Sabah yang merasakan bahawa kapal asing tidak pergi ke pelabuhan di Sabah kerana kita ada dasar berkenaan.

“Saya ingin tegaskan bahawa dasar itu tidak lagi terpakai dan mana-mana pelabuhan boleh dijadikan pelabuhan loading atau dipanggil oleh mana-mana syarikat perkapalan secara terus,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, keputusan untuk singgah di mana-mana pelabuhan Malaysia adalah dibenarkan dan tertakluk kepada keputusan komersial syarikat perkapalan.

Jelasnya lagi, syarikat perkapalan antarabangsa boleh terus berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam negara ini sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.

Dalam perkembangan sama, katanya, kapal tempatan dan asing yang melaksanakan perkhidmatan kargo dalam perairan Malaysia perlu memohon Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL) atas faktor-faktor keselamatan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI