fbpx

Tuanku Zara berkenan melancarkan program vaksinasi HPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Zara (dua dari kiri) berkenan menyempurkan gimik pelancaran Program Vaksinasi HPV Tanpa Meninggalkan Sesiapa Pun Peringkat Kebangsaan di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun di Tambun, Perak hari ini.

IPOH – Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan melancarkan Program Vaksinasi Human Pappiloma Virus (HPV) Tanpa Meninggalkan Sesiapa Pun Peringkat Kebangsaan di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Norhayati Rusli; Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Profesor Madya Dr M. Murallitharan dan Presiden NCSM, Datuk Dr S. Saunthari.

Pada majlis tersebut, Tuanku Zahra turut berkenan menyampaikan penghargaan kepada penaja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu menjayakan program vaksinasi berkenaan sebelum diiring melawat ruang pameran.

Sementara itu, Murallitharan dalam sembah ucapannya berkata, program vaksinasi itu menyasarkan golongan wanita dan remaja perempuan berusia antara 13 hingga 20 tahun yang kurang berkemampuan dan kurang upaya untuk melindungi diri melalui vaksin HPV.

Katanya, terdapat golongan yang tercicir dari alam persekolahan di mana mereka tidak mendapat pendedahan mengenai kanser terutamanya kanser serviks dan perlindungan yang sepatutnya diterima.

“Kira-kira 40 peratus kes kanser serviks didiagnosis lewat iaitu pada peringkat tiga dan empat. Bagi mereka yang didiagnosis pada peringkat akhir ini, kadar kemandirian lima tahun adalah serendah 23 hingga 32 peratus,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI