fbpx

Suhu di Pokok Sena capai 40 darjah Celsius hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran gelombang haba tahap dua di daerah Pokok Sena, Kedah hari ini.

Menurut MetMalaysia, suhu di kawasan tersebut boleh mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Di Sepang, Selangor; Kuala Kangsar, Perak serta beberapa bahagian di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, amaran cuaca panas masih lagi berada dalam tahap berjaga-jaga.

“Begitu juga dengan Beaufort, Sabah yang masih berada pada tahap berjaga-jaga pada suhu maksimum 35 hingga 37 darjah Celsius,” katanya.

Susulan cuaca panas, MetMalaysia mengingatkan orang ramai agar mengurangkan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Orang ramai yang ingin merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian boleh melakukan demikian di pautan www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI