fbpx

Remaja perempuan tunggang ‘superbike’ maut ketika membuat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa di tempat kejadian.

MIRI – Seorang remaja perempuan maut dalam keadaan mengerikan, selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganggnya terbabas di kawasan Jalan Marina, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian dilaporkan kira-kira pukul 12.58 tengah malam mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan kepalanya terputus.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa datang dari arah Tanjung Lubang menghala ke Coco Cabana kemudian membuat pusingan-U menghala semula ke Tanjung Lubang.

“Selepas membuat pusingan-U, motosikal mangsa disyaki gagal dikawal lalu terbabas di bahu jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan dan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI