fbpx

Ramai mahu berkenalan, Hidayah hanya fokus bisnes sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDAYAH

KUALA LUMPUR – Sepanjang empat tahun hidup solo selepas kematian suami, balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah mendedahkan ramai lelaki menggunakan mesej langsung (DM)laman sosial untuk menjalin perkenalan.

Bagaimanapun, Hidayah atau nama lengkapnya Noor Hidayah Mohd Ali memilih untuk tidak melayan sebarang cubaan mendekati dirinya memandangkan fokus ketika ini adalah membesarkan permata hati, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey, selain menguruskan perniagaan.

“Sejujurnya memang ramai lelaki cuba mendekati saya, kebanyakan daripada mereka mengambil pendekatan DM saya dalam Instagram.

“Ada juga yang datang terus ke kedai membawa niat ingin berkenalan tetapi saya tidak layan, begitu juga dalam media sosial.

“Saya tidak berminat, biarlah sekarang saya fokus membesarkan Hamzah dan menguruskan bisnes terlebih dahulu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Begitupun, wanita berusia 32 tahun itu menegaskan tidak menutup rapat pintu hati daripada diketuk mana-mana jejaka, cuma pada ketika ini, waktunya belum sesuai.

Dalam masa sama, Hidayah mengakui arwah suaminya sentiasa utuh di hati sehingga mungkin mengambil masa yang lama untuk digantikan dengan orang lain.

“Memang betul, Abam tetap dan selamanya di hati saya, sukar untuk saya gantikan posisinya dengan orang lain sebagai suami buat masa ini.

“Saya cakap macam ini tidak bermaksud saya tutup terus pintu hati, saya terbuka cuma perkara itu akan tiba apabila sampai masanya.

“Jika suatu hari nanti jodoh saya tiba, tiada apa yang saya harapkan selain lelaki tersebut dapat terima status saya sebagai ibu tunggal selain mampu menyayangi Hamzah seperti darah daging sendiri,” ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Tan-Ti-Ana, malam tadi.

Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lima tahun.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI