fbpx

Mbappe tolak tawaran Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE dilapor kekal dengan pendirian untuk menyertai Real biarpun United mengemukakan tawaran lebih lumayan. - AFP

PARIS – Penggempur sensasi Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe kekal dengan keinginannya untuk menyertai Real Madrid apabila menolak tawaran lebih lumayan dikemukakan oleh Manchester United.

Mbappe menolak tawaran untuk kekal bersama PSG dan bakal meninggalkan kelab itu secara percuma pada hujung musim ini menyebabkan United mencuba nasib untuk mengubah keinginannya.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan sudah menyatakan persetujuan secara lisan untuk ke Santiago Bernebeu dengan kontrak selama lima tahun biarpun terpaksa menerima bayaran lebih rendah berbanding ketika di PSG.

Berdasarkan laporan, ‘unit’ bola sepak United yang kini diketuai oleh Sir Jim Ratcliffe enggan berputus asa kerana berpendapat selagi tidak ada perjanjian rasmi ditandatangani Mbappe dan Real, mereka masih mempunyai peluang.

Pasukan Ratcliffe dilaporkan sedia mengemukakan tawaran dengan nilai £428 juta (RM2.59 bilion) untuk kontrak selama lima tahun dan tambahan bonus yang mampu mencecah sehingga £171 juta (RM1.03 bilion) sekiranya Mbappe bersetuju untuk menyertai mereka.

Namun, setakat ini tawaran lumayan berkenaan masih belum dapat ‘mencairkan’ hati pemain antarabangsa Perancis itu yang sejak tiga musim lalu dikaitkan dengan perpindahan ke Real yang menjadi impiannya.

Tawaran yang diberikan United itu hampir tidak mampu untuk ditandingi oleh Real, namun Mbappe lebih cenderung untuk beraksi di La Liga berbanding Liga Perdana Inggeris kerana mahu mengetuai jentera serangan pasukan itu seperti yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo.

Selain itu, bekas pemain AS Monaco itu juga percaya peluangnya untuk meraih gelaran Ballon d’Or akan lebih terbuka selain beberapa trofi utama lain termasuk Liga Juara-Juara jika bersama Real yang memiliki pengalaman yang cukup hebat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI