fbpx

Kaut untung haram rawat ibu bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pekerja yang sedang menjaga bayi di premis haram itu.

KLANG – Modus operandi sebuah pusat rawatan ibu bersalin yang beroperasi secara haram di sebuah rumah semi-D tiga tingkat di Bandar Bukit Raja di sini terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, kelmarin.

Serbuan tersebut dilakukan kira-kira pukul 12.45 tengah hari oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Pengarah Komunikasi Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz berkata, operasi tersebut dilakukan hasil aduan orang ramai dan risikan pihaknya terhadap kewujudan sebuah pusat menjaga dan merawat ibu bersalin di kawasan kediaman mereka.

Katanya, ketika tiba di lokasi didapati premis itu sedang beroperasi dengan menjalankan aktiviti berkenaan.

“Siasatan lanjut di lokasi mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah daripada MBDK.

“Selain itu, ia merupakan kediaman yang dijadikan premis perniagaan seterusnya menyebabkan kesesakan dan ketidakselesaan di kalangan penghuni setempat,” katanya hari ini.

Difahamkan semasa serbuan terdapat beberapa bayi yang dirawat di lokasi tersebut dengan premis itu dipercayai telah beroperasi sejak beberapa bulan lalu.

Jelas beliau, satu kompaun telah diserahkan kepada pekerja premis itu dibawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (Majlis Perbandaran Klang) 2013,” katanya.

Norfiza menambah, ini merupakan kesalahan serius kerana melibatkan bayi dan ibu yang melahirkan anak sekali gus boleh mendatangkan risiko sekiranya berlaku kecuaian atau sebagainya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI