fbpx

JDT sambar 4 pemain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANUEL HIDALGO antara empat pemain yang akan menyarung jersi JDT musim ini.

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan menandatangani bekas pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Alistair Edwards menerusi hantaran di Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, hari ini.

Menerusi hantaran itu, Edwards turut mengesahkan mengikat dua beradik yang beraksi Kuala Lumpur City FC, (KL City FC), Declan Lambert dan Ryan Lambert selain pemain Terengganu FC (TFC), Azam Azmi.

Jelasnya, empat pemain baharu JDT itu akan dipinjamkan ke kelab Liga Super yang lain pada kempen Liga Malaysia musim 2024/2025 yang membuka tirai, Mei ini.

“JDT telah menandatangani Azam (Azmi), Manuel (Hidalgo), Declan dan Ryan Lambert. Azam dan Declan masing-masing dipinjamkan kepada Terengganu FC dan KL City FC manakala Manuel pula akan dipinjamkan kepada Sri Pahang FC bagi mengharungi kempen Liga Super musim ini.

“Kedudukan Ryan akan berlatih bersama pasukan JDT dan belum ada keputusan lagi sama ada dia akan dipinjamkan atau diserapkan dalam skuad JDT pada musim baharu liga nanti,” kata Edwards dalam kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI