fbpx

Genting Dream, Royal Caribbean berlabuh di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Genting Dream dan Royal Caribbean Spectrum of the Seas berlabuh di Terminal Swettenham Pier Cruise, George Town.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima kehadiran dua kapal persiaran terkenal, Genting Dream dan Royal Caribbean Spectrum of the Seas yang masing-masing berlabuh di Terminal Swettenham Pier Cruise di sini, semalam.

Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, tahun ini sudah pasti akan membawa pengalaman baharu kepada pelancong yang melawat Pulau Pinang menerusi kapal persiaran.

“Syarikat kapal persiaran utama telah memperkenalkan pelayaran yang direka bentuk secara inovatif untuk memenuhi pelbagai pilihan perjalanan pelancong.

“Selain Genting Dream dan Royal Caribbean Spectrum of the Seas yang baharu berlabuh, Royal Caribbean akan memperkenalkan Utopia of the Seas pada Julai depan,” katanya di sini, hari ini.

Hon Wai turut menjalankan kunjungan ke Terminal Swettenham Pier Cruise dan meninjau kapal persiaran Genting Dream dan Royal Caribbean Spectrum of the Seas yang berlabuh di terminal berkenaan.

Menurut Hon Wai, syarikat kapal persiaran, Princess Cruises juga akan melancarkan pelayaran Sun Princess, manakala Disney Cruise Line merancang untuk memperkenalkan pelayaran Disney Treasure yang bertemakan pengembaraan pada Disember tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI