fbpx

Bil elektrik bawah 600 kWj, air dikecualikan kenaikan SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PETALING JAYA – Perkhidmatan elektrik bawah 600 Kilowatt-jam (kWj) dan air sebelum ini tidak pernah dikenakan cukai perkhidmatan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebagai respon kepada sesetengah pihak yang mempersoalkan sektor telekomunikasi sahaja yang diberi pengecualian kenaikan SST.

“Jadi macam mana nak kekalkan enam peratus kalau sebelum ini kosong peratus?

“Ini poster mudah dan ringkas untuk faham,” ciapnya di aplikasi X hari ini.

Dalam hantaran sama, Fahmi turut berkongsi poster mengenai kenaikan SST bermula 1 Mac ini.

Melalui poster itu dimaklumkan kenaikan SST sebanyak dua peratus pula tidak akan melibatkan keperluan asas rakyat seperti makanan dan minuman, parkir, telekomunikasi, perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman serta logistik.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Oktober tahun lalu memaklumkan kerajaan bercadang menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI