fbpx

Puteri Balqis suka karakter pembunuh bersiri, psiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Puteri Balqis berkata, menjadi satu cabaran buat dirinya berlakon karakter gadis ceria.

PETALING JAYA – Lain orang lain minat begitu juga buat pelakon Puteri Balqis yang menyifatkan watak gadis ceria merupakan cabaran buat dirinya sebagai seorang pelakon.

Menurut pemilik nama penuh Puteri Balqis Azizi, 16, dia lebih cenderung kepada karakter yang bermain dengan emosi.

“Sebenarnya cabaran saya ialah apabila membawa watak-watak yang terlalu ceria.

“Sebab saya lebih suka karakter yang berat seperti pembunuh bersiri atau psiko,” katanya dalam sebuah video tular dalam TikTok.

Dalam pada itu dia juga mengakui lebih menyukai untuk memainkan watak yang memaparkan seseorang itu kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan.

“Saya suka watak yang kuat untuk keluarga, kisah cinta hancur atau karakter yang trauma. Saya suka begitu,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemampuannya melakonkan karakter sedih sehingga mampu membuatkan penonton turut mengalirkan air mata.

“Sejak kecil dia sudah banyak berlakon watak-watak menangis, pelik kalau dia jadi gadis periang.

“Dia suka watak yang berat mungkin leih dekat dengan jiwa. Banyak momen ‘berat’ pernah dilalui dalam hidup sebelum ini,” komen netizen.

Sebelum ini, Puteri Balqis sememangnya sinonim dengan karakter air mata sheingga pernah meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin ke-18 pada usia tujuh tahun menerusi drama Balqis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI