fbpx

JKR siapkan 757 projek sepanjang tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alaxender

KUALA LUMPUR – Sebanyak 757 projek daripada keseluruhan 2,118 projek kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) sepanjang tahun 2023 telah siap dibina.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, dalam masa sama, sebanyak 772 projek masih dalam pembinaan, manakala 589 projek pula adalah pra-pembinaan.

Menurutnya, selain itu, sebanyak 9,349 kerja atau projek penyenggaraan pada 2023 dengan 8,851 kerja telah siap, 473 kerja masih dalam pembinaan dan 25 kerja pra-pembinaan.

“Kita dengar macam-macam aduan dan komen di media sosial seolah-olah besar sangat, (JKR) tak buat kerja. Tapi sedikit sahaja kerja bermasalah berbanding yang dilaksanakan dengan jayanya.

“Memburukkan JKR seolah-olah kita tak bagus dan tak baik. Projek yang siap sempurna lebih besar, manakala projek sakit sedikit sahaja bilangannya,” katanya pada sidang akhbar selepas Dialog Bersama Jurutera Daerah JKR di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI