fbpx

Bintara Muda Maritim Malaysia tak mengaku terima suapan RM800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zawawi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM800 daripada seorang individu empat tahun lalu. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM800 daripada seorang individu, empat tahun lalu.

Tertuduh, Zawawi Abdullah, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berpangkat Bintara Muda (T6) itu didakwa menerima suapan berjumlah RM800 daripada seorang lelaki berusia 59 tahun yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Tertuduh yang ketika itu bertugas di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Selangor melakukan perbuatan tersebut di sebuah bank di Jalan Sultan Idris Shah, Lumut antara 27 Februari hingga 21 Ogos 2021.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syafina Mohd. Radzuan mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh beserta syarat tambahan, passport perlu diserahkan kepada mahkamah serta melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan jumlah minimum atas alasan mempunyai tanggungan isteri, anak dan bapa.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan melapor diri di pejabat SPRM Melaka sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam ditetapkan pada 29 Mac depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI