fbpx

Polis siasat lelaki rotan anjing peliharaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video kejadian seorang lelaki merotan anjing peliraannya dalam kejadian di Taman Perumahan Johor Jaya, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Polis sedang menyiasat berhubung video tular seorang lelaki disyaki mendera seekor anjing peliharaan dalam kejadian di Taman Perumahan Johor Jaya di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesan kejadian itu menerusi satu video berdurasi 28 saat dan susulan laporan dibuat seorang wanita tempatan berusia 49 tahun.

“Video berdurasi 28 saat mempaparkan kejadian seorang individu merotan anjing peliharannnya tular di Facebook sejak semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di kawasan Taman Perumahan Johor Jaya kira-kira pukul 9.30 malam, Khamis lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Sohaimi, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tiga tahun penjara atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015, jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan penganiayaan terhadap haiwan peliharaan dan meningkatkan kesederaan mengenai perlindungan terhadap haiwan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI