fbpx

Jaga kualiti perbahasan, tatasusila sebagai Ahli Parlimen – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bergambar bersama Ahli Parlimen selepas Pra Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri mengingatkan Ahli Parlimen di blok Kerajaan supaya menjaga kualiti perbahasan sepanjang persidangan Dewan Rakyat berlangsung mulai esok.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen di blok Kerajaan juga turut diingatkan supaya menjaga tatasusila sepanjang persidangan berlangsung sehingga 27 Mac depan.

“Pagi ini hadir pada sesi Pra Persidangan Dewan Rakyat bagi persediaan Mesyuarat Pertama 2024 bersama-sama barisan ahli jemaah menteri, timbalan-timbalan menteri dan seluruh Ahli Parlimen Kerajaan Madani.

“Dalam amanat, saya tegaskan supaya semua Ahli Parlimen Kerajaan memastikan kualiti perbahasan dan menjaga tatasusila sepanjang persidangan Dewan Rakyat berlangsung sehingga 27 Mac depan,”tulisnya di laman Facebook.

Pada sesi itu juga kata Anwar, semua Ahli Parlimen diberi ruang menyentuh pelbagai isu semasa yang mendesak terutamanya melibatkan kepentingan rakyat.

Tambahnya, Ahli-Ahli Parlimen turut diberi taklimat berkaitan perjalanan Parlimen daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Untuk makluman, berdasarkan takwim di laman sesawang Parlimen Malaysia, Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 akan berlangsung selama 19 hari sehingga 27 Mac.

Sementara itu, Mesyuarat Kedua pula dari 28 Jun hingga 18 Julai (15 hari), manakala Mesyuarat Ketiga dari 7 Oktober hingga 5 Disember (35 hari).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI