fbpx

Berkemban pula, netizen risau Fatiya londeh ‘habis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMPIL dengan imej berkemban di Bali, Indonesia, Fatiya Latiff sekali lagi mengundang perhatian netizen.

PETALING JAYA – Selepas tidak lagi berhijab sejak bercuti di Jepun pada bulan lalu, pelakon sensasi Fatiya Latiff semakin berani apabila tampil dengan imej berkemban.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pemilik nama lengkap Nur Fathia Abdul Latif, 36, itu berkongsi gambar dalam keadaan berkemban ketika bercuti di pulau peranginan terkenal, Bali, Indonesia.

Gambar yang dikongsikan itu menunjukkan Fatiya merakamkan swafoto di hadapan cermin dengan memakai kain pario untuk menutupi bahagian badannya dan hanya mengenakan seluar pendek berwarna hitam.

“Seminyak, Bali, Indonesia,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam hantaran berbeza, pelakon drama Ariana Rose itu dilihat menikmati air kotak sambil merakamkan video di hadapan cermin. Kapsyen video tersebut turut menyebut rasa terima kasihnya kepada seorang lelaki (cowok) kerana telah memberinya gelang tangan.

“Terima kasih ‘cowok’ Bali beri gelang,” tulisnya.

Selain tampil berkemban, gambar yang dikongsi Fatiya itu turut menarik perhatian netizen apabila kelihatan tatu pada lengannya, dipercayai tatu palsu yang dilukis ketika bercuti di pulau pelancongan terkenal itu.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengecam dan berasa kesal dengan tindakan Fatiya berkongsi imej mencolok mata pada saat umat Islam menyambut kedatangan malam nisfu Sya’aban, bermula malam tadi.

Malah, pengikutnya dalam Instagram turut menzahirkan rasa bimbang dengan sikap pelakon itu yang semakin berani tampil seksi.

“Risau selepas ini dia kongsi gambar bogel pula,” kata seorang netizen.

“Malam Nisfu Sya’aban, mari sama-sama kita berdoa semoga Fatiya sihat dan dilindungi,” ujar seorang lagi pengikutnya.

“Saya tahu awak mahukan perhatian. Tapi cara begini tidak berapa elok. Semoga yang baik-baik untuk awak,” kata seorang lagi pengikutnya.

Terdahulu, nama Fatiya menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza.

‘Drama’ panas membabitkan Fatiya seterusnya bersambung sehingga mencetuskan perbalahan antaranya dengan pelakon, Zarina Anjoulie dalam media sosial.

Sikapnya yang mengejutkan itu mengundang pelbagai dakwaan bahkan ada menuduh Fatiya sudah dibuang keluarga, ada masalah kesihatan mental dan mengambil bahan terlarang.

Fatiya bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut dengan memberitahu dirinya dalam keadaan sihat dan hanya mengalami sedikit stres.

Tidak lama kemudian, Fatiya mengakui apa yang terjadi pada dirinya hari ini adalah kesan daripada cinta tidak kesampaian dengan bekas kekasihnya, Aiman. Kata Fatiya, dia akan berhenti mengganggu jika pelakon itu tampil memohon maaf kepadanya secara terbuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI