fbpx

Afifah Nasir dilamar atas pesawat ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Afifah Nasir dilamar kekasih atas pesawat ringan.

PETALING JAYA – Menamatkan spekulasi mengenai hubungan cinta, pelakon Afifah Nasir berkongsi momen dilamar kekasih yang dikenali sebagai Syed Hariz.

Difahamkan berlangsung secara spontan di atas sebuah pesawat ringan, pemilik nama lengkap Nur Afifah Nasir, 31, itu berkongsi detik istimewa terbabit dalam Instagramnya, kelmarin.

“Cik Afifah, boleh saya tanya adakah awak mahu menjadi Mrs. Hariz tahun ini,” tulis keterangan gambar dikongsikannya itu.

Kelihatan pasangan terbabit berpakaian rona sedondon biru yang turut menunjukkan wajah gembira mereka.

Daripada kapsyen foto tersebut, dapat dijangkakan adik kepada pelakon Anzalna Nasir bakal menamatkan zaman solonya tahun ini.

Khabar menggembirakan itu turut meraih pelbagai komen positif rakan artis serta peminat yang mendoakannya bersama lelaki pilihannya ke jenjang pelamin.

“Tahniah! Gembira untuk awak,” kata pelakon, Intan Najuwa.

“Wow romantisnya dia. Gembira untuk awak adik saya,” luah pelakon senior, Zarina Zainuddin.

“Nangis! Tahniah,” tulis teman seperjuangan Shaza Bae.

Sekitar bulan lalu Afifah pernah mencetuskan kejutan apabila ada berkongsi gambar dengan kekasihnya dalam busana tradisional sehingga disangka bertunang.

Kedua-duanya yang memilih persalinan merah jambu dengan si jejaka tampan berbaju Melayu lengkap itu hakikatnya menghadiri majlis kenduri akikah anak saudara pelakon terbabit.

Walaupun menafikan gosip pertunangan, bintang filem Budak Kripto itu mengakui tidak akan menyembungikan gembira andai jodohnya tiba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI