fbpx

Tiga lelaki pecah masuk restoran makanan segera diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berjaya ditahan polis semalam selepas memecah masuk sebuah restoran makanan segera di Jalan Tuaran Bypass bulan lalu.

KOTA KINABALU – Tiga lelaki dipercayai memecah masuk sebuah restoran makanan segera di Jalan Tuaran Bypass bulan lalu berjaya ditahan polis semalam.

Kesemua suspek warga tempatan berusia antara 20 hingga 33 tahun itu diberkas di kawasan Sadong Jaya dan Manggatal kira-kira 12 tengah hari

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd. Rahim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sebuah restoran makanan segera dipecah masuk di Jalan Tuaran Bypass.

“Kejadian itu disedari pekerja restoran berkenaan selepas bahagian hadapan premis berkenaan dalam keadaan berselerak dan sebuah tablet dan dua cash drawer hilang dipercayai dilarikan penjenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Azmi, hasil risikan berjaya mengesan dan menangkap ketiga-tiga suspek yang mengaku terbabit memecah masuk restoran berkenaan.

“Suspek turut menyatakan membuang dua buah ‘cash drawer’ ke dalam tong sampah berdekatan dengan pejabat Kesihatan Penampang sejurus memecah masuk premis itu.

“Pemeriksaan ketiga-tiga suspek mendapati mereka masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau berkait dadah dan curi,” katanya.

Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan pecah rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI