fbpx

Tok Mat suarakan pendirian tegas Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyuarakan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin di Peace Palace, The Hague hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia teguh dengan pendirian bahawa pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin menyalahi undang-undang dan perlu dihentikan serta merta.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau menegaskan pendirian Malaysia itu ketika menyampaikan Kenyataan Lisan Malaysia di Sesi Pendengaran Awam di di Peace Palace, The Hague hari ini.

“Syukur Alhamdulillah selesai menyampaikan Kenyataan Lisan Malaysia di Sesi Pendengaran Awam berhubung permohonan bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Kesan Perundangan yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Pendudukan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur.

“Telah saya tekankan bahawa Malaysia sentiasa menyokong perjuangan Palestin dan berpandangan bahawa ICJ mempunyai peranan khusus untuk memberi panduan dalam persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Mohamad berkata, beliau juga telah membawa suara Malaysia bahawa dasar dan amalan Israel di wilayah pendudukan Palestin melanggar undang-undang antarabangsa di samping mencabul hak rakyat Palestin untuk penentuan nasib sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI