fbpx

MyCuaca, RakanMET dan Web Service API alami gangguan capaian esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Capaian perkhidmatan laman web rasmi, aplikasi myCuaca, RakanMET dan Web Service API akan mengalami gangguan esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gangguan capaian perkhidmatan itu dijangka dari pukul 9 hingga 11 pagi.

“Ini disebabkan kerja-kerja pendawaian elektrik di Pusat Data. Dalam tempoh ini, sebarang maklumat terkini tidak dapat diakses.

“Sebarang kesulitan yang dialami dalam tempoh ini amatlah dikesali,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI