fbpx

Malakoff catat hasil RM2.26 bilion tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Syarikat penjanaan tenaga dan penyelesaian alam sekitar, Malakoff Corporation Berhad berjaya mencatatkan hasil sebanyak RM2,262.4 juta pada suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2023.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, terdapat pengurangan sebanyak 23.9 peratus berbanding tahun 2022.

“Penurunan tersebut berlaku disebabkan bayaran tenaga lebih rendah daripada Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) yang terkesan dengan penurunan Harga Arang (ACP).

“Ia juga terjadi berikutan ketiadaan hasil sumbangan daripada GB3 Sdn Bhd (GB3) berikutan Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) telah tamat tempoh pada 30 Disember 2022,” ulasnya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, Tanjung Bin Energy Sdn Bhd (TBE) berjaya menyederhanakan kesan tersebut dengan pembayaran tenaga dan pendapatan kapasiti yang lebih tinggi.

Menurut beliau, Malakoff mencatatkan Kerugian Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (LATMI) sebanyak RM357.1 juta manakala RM41.9 juta bagi Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATMI).

“Dalam tinjauan suku sama, Alam Flora Sdn Bhd mencatatkan PATMI sebanyak RM23.7 juta berbanding RM0.7 juta yang dilaporkan pada suku sama.

“Jumlah sisa Alam Flora juga menurun 43 peratus, daripada 531,700 MT kepada 304,100 MT,” ujarnya dalam kenyataan.

Anwar berkata, beliau sentiasa percaya dengan komitmen Malakoff walaupun menghadapi pelbagai cabaran sepanjang tahun.

Menurut Anwar, Malakoff berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif strategik yang bertujuan untuk memajukan peralihan Malaysia ke masa depan yang lebih hijau

“Pencapaian ini mencerminkan dedikasi Malakoff terhadap tanggungjawab korporat dan amalan mampan walaupun menghadapi kesukaran sejajar dengan matlamat Malaysia untuk mencapai “Status Net-Zero” seawal 2050.

“Tahun lalu, kami menghadapi cabaran disebabkan turun naik harga arang batu. Namun, kami memahami kesan ketidaktentuan kewangan terhadap operasi,” katanya.

Walau bagaimanapun, Malakoff berjaya menjana hampir 30 TWj elektrik pada tahun 2023.

“Ini menandakan peningkatan yang ketara sebanyak 6.98 peratus berbanding tahun sebelumnya, walaupun tiada sumbangan daripada loji gas GB3 yang telah tamat tempoh,” ulasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI